Saturday, November 14, 2015

Just need some place to chill

Reading my previous post i'm like... how positive i was before!

What happened to me now? I don't know... I feel sad... stressed out easily... no place to go... no one to talk to... sometimes regret... i know i shouldn't feel so... but i can't help not to...

I don't know how to get out from this feeling T_T
alhamdulillah still, some verse of quran came in while i'm having this kind of thought...

ﻻ يكلف الله نفس اﻻ وسعها
Indeed, allah won't put the burden that a person can't carry...

Which means i should be able to carry whatever i have right now... why am i feeling hopeless?

اللهم أفرغ علي صبرا و توفني مسلمين
Please pour on me lots and lots of sabr... life is hard...
hope i won't make any stupid decision

Thursday, August 30, 2012

Gelanggang Baru

Sejak balik Malaysia ni, dah tak update dah blog ni. Haru jugak kalau blog ni jadik usang. Nampak sangat matlamat kurang jelas. (T_T)

Gelanggang Baru

Hurm, baru-baru ni, diberi amanah untuk menggerakkan gelanggang baru... Jadi lambat sikit pergerakan. Tak tahulah sebab ape. Macam serba tak kena. Ade jugak rase macam nak masa berhenti seketika untuk ku fikirkan langkah seterusnya. Tapi ni bukan dunia khayalan "Heroes". Ni adalah realiti yang seharusnya tak menjadi penghalang. Still, i'm stucked.

Seerah

Entahla, tak tahu kenapa tapi memng sejak mencintai seerah ni, nak buat ape pun mesti cam terfikir... Cane Rasulullah buat da'wah kat sume golongan eh? cane dia boleh masuk ngan orang kaya, miskin, tua, muda, remaja, kana-kanak... I need to find this out.

Janji Allah

Ape pun, masa dah rasa macam putus asa, stressed out, Allah lintaskan ayat yang pernah tadabbur entah bila tah... tapi tak ingat surah mane ayat mane... bunyi nya lebih kurang "...Wallazina jaahadu feena lanahdiyannahum subulana..." maknanya "...barangsiapa yang bersunnguh-sungguh di jalan Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalanNya..." Hurm, janji siapakah lagi yang lebih ditepati selain Allah?

yosh, ganbatte!

Saturday, May 12, 2012

Bangun malam... =_=" atau ^_^

Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (Surah Al-Sajdah 32: Ayat 16)
Subhanallah. Terpana. Masya'allah, macam baru jumpa ayat ni...(padahal dah hafal dah surah ni since darjah6 =_=" nampak sangat tiada amal... astaghfirullah.)

Pengajaran dari seerah

Wahyu kedua, surah al-muzammil perintah untuk mengerjakan solat malam di kala zaman awal islam. Rupanya kekuatan di situlah sumber kekuatan dalaman. Patut la lemah semacam je aku ni =_="


Azam Baru
Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman.

Pepatah Arab: العلم بلا عمل كشجر بلا ثمر



Sunday, May 6, 2012

Terjatuh... Again

Pernah tak buat maksiat... bertaubat... buat maksiat lagi... bertaubat... dan buat maksiat lagi... loop like forever? Credit to ukhti KK atas perkongsian video link ni. Tertarik dengan quote "Syaitan tak pernah berputus  asa untuk sesatkan kita dan tarik kita masuk neraka sekali dengan dia. Kenapa kita nak berputus asa untuk terus bertaubat dan berusaha mendapatkan syurga Allah?"

Tuesday, March 13, 2012

Ape Lagi?

Tawaran hebat menanti untuk mereka yang berada di Malaysia especially di Lembah Klang nun. Setelah post sebelum ni berkenaan dengan Syria, kali ini juga kire follow up post untuk Syria.

Burung Kecil

Ape kaitannye burung kecil dengan post syria ini? Izinkan saye share Video Cik Beah Osem di sini...


Dah habis tengok video? Cane sekarang? Yang mane satu karakter anda?

Tunjukkan usaha kita

Seperti yang kite tawu (kalau tak tawu, sile google). Rakyat Syria tengah berhempas pulas menuntut hak kebebasan dari pemerintah yang zalim. Dan kita sebagai saudara semuslim seharusnya merasa terpanggil untuk membantu mereka dengan apa cara yang termampu. Beritahu kepada dunia yang rakyat Syria tidak bersendirian menuntut hak mereka. Kita bersama mereka.

Ala, buat ape, bukannye Basyar al-Assad tu nak dengar cakap kite pun...

Itu bukan persoalannye. Persoalannye adekah kite telah berbuat sesuatu untuk saudara kita yang ditindas?Mari sediakan jawapan di hadapan Allah kelak.

Let's go!


Saturday, March 10, 2012

Syria

Muslim itu bersaudara

Muslim itu ibarat satu jasad, jika paha kiri dicubit, paha kanan terasa sakitnya. Nak senang cite, cube kalau sakit gigi, satu kerja pun tak boleh nak siap. Begitu jugaklah ibaratnya dengan persaudaraan islam. Saudara kita di Syria ditindas oleh rejim yang zalim. Mereka keluar dijalanan untuk menuntuk hak kebebasan sebagai manusia. Hak mereka hilang, nyawa mereka terancam, hak perubatan pun diancam. Berbeza sungguh dengan kita yang punya segalanya.

Pinjaman

Tapi kita kena ingat, semua itu pinjaman... dan Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. Dalam harta kita tu, ada bahagian orang lain. Dan percayalah apabila kita membelanjakan harta kita kerana Allah, nescaya Allahlah yang akan membalasnya. Dan adakah balasan yang lebih baik daripada apa yang Allah ganjarkan?

Doa

Okaylah, fine kita takde duit. Belum kerja lah konon, ataupun dah kerja tapi hutang banyak tak bayar lagi. Come on, takkan doa pun tak boleh? Specific kan dalam doa harian kita untuk saudara-saudara kita di Syria.

Fund Raising

Alhamdulillah, thummal hamdu lillah... Tadi baru sahaja habis fund raising untuk pelarian Syria di Jordan. Sebelum saya balik MC umukan dapat kumpul $66K dan dia target nak cukupkan $70K. Saya yakin target tu akan dapat dicapai. Moga allah rahmati mereka yang menyumbang tak kita dari sudut harta, tenaga dan doa. Dan saya percaya usaha ini adalah usaha semua brothers and sisters seluruh dunia. Moga kita dapat jumpa di syurga kelak. Ameen

Facebook

Ape kaitan pulak dengan Facebook? Takde la tadi MC buat lawak sikit. Ade sorang sister tetibe angkat tangan cakap dia baru dapat $12K from her text. Maka MC pun komen, gunalah teknologi yang ada ni... mane nak tawu tu la penyebab kita masuk syurga. "Cane kau boleh masuk syurga ni?" "Facebook. Click on donate to Syria". Al-kisah...

Friday, March 9, 2012

Ukhuwwah Islamiyyah


Hari ni hari yang sangat menggembirakan! (Selalunya hari Jumaat adalah hari sebusy dunia... kerana pada jam 5 petanglah datangnya request untuk pelbagai releases... stress) Tapi bukan hari ini! Sebabnya saye telah menziarahi Masjid Omar al-Farok, Fullerton. Tapi itu bukan kisah yang saye nak ceritakan.

High schooler named Huda

Biasakan kalau orang jumpa kite first time lepastu cakap macam pernah jumpe? Ye itu perkara biasa di negara sendiri. Lebih-lebih lagi dengan akhwat. Tapi saye sangat terharu lak kali ni sebab bila baru je masuk dalam masjid tu tetibe ade sorang young lady ni tetibe tegur by saying "Have we met before (dalam keadaan senyum yang amat gembira cam berjumpe dgn kawan lame)? Are you in high school...?" Dan semestinya saye dengan nada yang sangat gembira mereply dan berkenalan lah dengan gadis itu. Sangat innocent.

Salma & San'a

Thanks to Salma kerana mengajak saye bersama-sama komuniti ini. Dan San'a, moga ini bukan pertemuan akhir kita.

Syria

Sebagaimana saye merasa gembira dengan ukhuwah yang baru dijalin ini, begitu juga yang dirasakan untuk my brothers and sisters di Syria yang mengalami pertempuran dengan rejim zalim lagi batil. Moga Allah berikan mereka kekuatan untuk melawan kezaliman, moga allah turunkan ketenangan buat mereka dan moga allah turunkan kemenangan untuk mereka. Insya'allah esok malam akan diadakan Fund Raising untuk pelarian Syria di Jordan. Sister Basma sedang gigih menjual tiket di saat akhir. Moga Allah merahmati beliau dan keluarga.