Friday, March 9, 2012

Ukhuwwah Islamiyyah


Hari ni hari yang sangat menggembirakan! (Selalunya hari Jumaat adalah hari sebusy dunia... kerana pada jam 5 petanglah datangnya request untuk pelbagai releases... stress) Tapi bukan hari ini! Sebabnya saye telah menziarahi Masjid Omar al-Farok, Fullerton. Tapi itu bukan kisah yang saye nak ceritakan.

High schooler named Huda

Biasakan kalau orang jumpa kite first time lepastu cakap macam pernah jumpe? Ye itu perkara biasa di negara sendiri. Lebih-lebih lagi dengan akhwat. Tapi saye sangat terharu lak kali ni sebab bila baru je masuk dalam masjid tu tetibe ade sorang young lady ni tetibe tegur by saying "Have we met before (dalam keadaan senyum yang amat gembira cam berjumpe dgn kawan lame)? Are you in high school...?" Dan semestinya saye dengan nada yang sangat gembira mereply dan berkenalan lah dengan gadis itu. Sangat innocent.

Salma & San'a

Thanks to Salma kerana mengajak saye bersama-sama komuniti ini. Dan San'a, moga ini bukan pertemuan akhir kita.

Syria

Sebagaimana saye merasa gembira dengan ukhuwah yang baru dijalin ini, begitu juga yang dirasakan untuk my brothers and sisters di Syria yang mengalami pertempuran dengan rejim zalim lagi batil. Moga Allah berikan mereka kekuatan untuk melawan kezaliman, moga allah turunkan ketenangan buat mereka dan moga allah turunkan kemenangan untuk mereka. Insya'allah esok malam akan diadakan Fund Raising untuk pelarian Syria di Jordan. Sister Basma sedang gigih menjual tiket di saat akhir. Moga Allah merahmati beliau dan keluarga.

No comments:

Post a Comment