Muslim itu bersaudara
Muslim itu ibarat satu jasad, jika paha kiri dicubit, paha kanan terasa sakitnya. Nak senang cite, cube kalau sakit gigi, satu kerja pun tak boleh nak siap. Begitu jugaklah ibaratnya dengan persaudaraan islam. Saudara kita di Syria ditindas oleh rejim yang zalim. Mereka keluar dijalanan untuk menuntuk hak kebebasan sebagai manusia. Hak mereka hilang, nyawa mereka terancam, hak perubatan pun diancam. Berbeza sungguh dengan kita yang punya segalanya.
Pinjaman
Tapi kita kena ingat, semua itu pinjaman... dan Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. Dalam harta kita tu, ada bahagian orang lain. Dan percayalah apabila kita membelanjakan harta kita kerana Allah, nescaya Allahlah yang akan membalasnya. Dan adakah balasan yang lebih baik daripada apa yang Allah ganjarkan?
Doa
Okaylah, fine kita takde duit. Belum kerja lah konon, ataupun dah kerja tapi hutang banyak tak bayar lagi. Come on, takkan doa pun tak boleh? Specific kan dalam doa harian kita untuk saudara-saudara kita di Syria.
Fund Raising
Alhamdulillah, thummal hamdu lillah... Tadi baru sahaja habis fund raising untuk pelarian Syria di Jordan. Sebelum saya balik MC umukan dapat kumpul $66K dan dia target nak cukupkan $70K. Saya yakin target tu akan dapat dicapai. Moga allah rahmati mereka yang menyumbang tak kita dari sudut harta, tenaga dan doa. Dan saya percaya usaha ini adalah usaha semua brothers and sisters seluruh dunia. Moga kita dapat jumpa di syurga kelak. Ameen
Facebook
Ape kaitan pulak dengan Facebook? Takde la tadi MC buat lawak sikit. Ade sorang sister tetibe angkat tangan cakap dia baru dapat $12K from her text. Maka MC pun komen, gunalah teknologi yang ada ni... mane nak tawu tu la penyebab kita masuk syurga. "Cane kau boleh masuk syurga ni?" "Facebook. Click on donate to Syria". Al-kisah...
No comments:
Post a Comment