Subhanallah. Terpana. Masya'allah, macam baru jumpa ayat ni...(padahal dah hafal dah surah ni since darjah6 =_=" nampak sangat tiada amal... astaghfirullah.)Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka. (Surah Al-Sajdah 32: Ayat 16)
Pengajaran dari seerah
Wahyu kedua, surah al-muzammil perintah untuk mengerjakan solat malam di kala zaman awal islam. Rupanya kekuatan di situlah sumber kekuatan dalaman. Patut la lemah semacam je aku ni =_="
Azam Baru
Saya mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah kerana qiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman.
Pepatah Arab: العلم بلا عمل كشجر بلا ثمر
No comments:
Post a Comment