Sunday, February 12, 2012

Jahiliyyah


Jahiliyyah masa kini

Hurm, adakah? Jahiliyyah dulu, kini dan selamanya tetap sama. Selagi ia adalah perkara yang membuatkan kita jauh dari Sang Maha Pencipta, itulah dia jahiliyyah. Tidak mahu sedar bahawa kita hanyalah ciptaan yang diciptakan untuk memenuhi suatu tujuan. Apakah yang lebih JAHIL selain dari itu?

Mujahah terhadap nafsunya

Senangnya nak taip tajuk ini. Sukarnya nak terjemahkan dalam amal. Tapi, di situlah ganjarannya. Lebih sukar, lebih payah, lebih cabaran, lebih pula ganjaran di sisi-Nya. Takkan lah syurga itu percuma? "... mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang akan membebaskan kamu daripada api neraka?1)Beriman kepada Allah & rasulnya 2)Berjihad di jalanNya dengan harta & jiwa kamu. Itu lebih baik jika kamu mengetahui QS [61:10-11]

Kemanisan iman

Katakanlah selamat tinggal kepada jahiliyyah. Selamat datang kemanisan iman ^_^


No comments:

Post a Comment