Monday, February 27, 2012

Buat Iklan dapat pahala?

Saye tak pernah terfikir yang iklan mampu mengubah persepsi orang. mampu mempengaruhi manusia. Erk, bukan lah tak pernah terfikir... more of ignorant i guess... But that has changed like seminit yang lalu. Kenapakah? Sebab saye jumpa iklan yang coolio. Disclaimer: ini bukan hasil nukilan saye... Tapi nak share jugak.

Iklan Jangan Mengumpat


Iklan Solat


Iklan Puasa Bulan Qur'an


Amacam? Cool kan? Saye sangat gembira melihat iklan ini. Betapa besarnye ganjaran pembuat iklan ni kan? Bayangkan kalau seorang yang melihat iklan ni dan menunaikannya... Tu baru sorang, kalau 10 orang? kalau 100 orang? kalau 1000 orang? Kalau 10000 orang? Nampak tak pahala yang turun tak putus-putus tu? Insya'allah akan tiba di bumi Malaysia iklan-iklan sebegini ^_^

Sunday, February 26, 2012

Didik Diri


Entry kali ni ditulis supaya diri ini tidak akan pernah lupa tentang kewajipan yang satu ini... MENDIDIK DIRI... Sebenarnye, saya hampir saja terbuai dengan pujuk rayu "Mizz Dunya". Alhamdulillah Allah sangat sayangkan saya dengan mengilhamkan ukhti ZZ untuk share recording yang sangat berharga. Agar tidak luput, saya coretkan di sini untuk rujukan saya di masa hadapan.

تربية فردية/ذاتية [Tarbiyah Fardiyah/Dzatiyah]

That's the title in Arabic. Maknanye pendidikan diri. Kenape pendidikan diri ni sangat penting? in fact, super penting! Sebab, di hari pembalasan nanti, kita akan berada dalam mahkamah Allah dan disoal sorang-sorang! Takde kawan-kawan nak jawapkan, no parents, naqibah pun tak boleh nak tolong cover kan untuk kita. Apa yang kita perbuat adalah tanggungjawab kita. Okay, fine... so? How do I start?

تربية إيمانية [Tarbiyah Imaniyah]

Pendidikan Iman. Cane nak didik iman ni? There's one نص (text) from sunnah:
الإيمان يزيد وينقص
الإيمان يزيد بالطاعة
الإيمان ينقص بالمعصية
الإيمان تنمو بالجماعة
Iman tu sifatnya meningkat dan menurun. Iman akan meningkat dengan ketaatan. Bila mana kita buat satu ketaatan(walaupun kecik), iman akan bertambah dan it'll lead to another ketaatan. Iman akan menurun bila mana kita buat satu kemaksiatan. If we don't really bother about it, no repentance what so ever, it'll lead to another maksiat. Iman berkembang dengan berkumpulan. So, never let your self terputus walaupun sekejap dari talian hayat iman (usrahmate, naqibah, asatizah, etc..) cause whenever with them, your iman will rise exponentially. The key point here is, carilah ibadah yang special which will increase your iman and make sure never let your day pass without doing it (e.g: baca qur'an, tadabbur ayat qur'an, tadabbur tika tahajjud, puasa, etc..).

تربية اخلاقية [Tarbiyah Akhlaqiyah]

Pada masa yang sama, setelah aqidah dipastikan sejahtera dan ibadah dipastikan dibuat dengan betul, kena hiasi dir dengan akhlaq mulia. Inilah cara yang paling berkesan untuk kikis semua bad habit yang kita ada. Of course not a 360 change (but if you're strong a person like Umar al-Khattab, why not?). Each week pilih satu akhlaq baru yang kita nak terapkan dalam diri kita and when it succeeded, adopt a new one. Nobody can change our self except us. It's our choice to change or not to.

Istiqamah

Point ni takde la dalam recording tu, tapi saye yang tambah sebabnye saye rase point ni sangat penting dalam membuatkan kite ثابت (tetap) dengan ape yang kita buat. Owh, lastly is الدعاء (doa).
يا مقلّب القلوب ثبّت قلبي على دينك وعلى طاعتك
(Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas deen-Mu dan dalam menunaikan ketaatan kepada-Mu). Ameen.

Monday, February 20, 2012

ايها الناس انقذوا انفسكم من النار


Saja je buat tajuk dalam bahasa arab. Mane boleh saje-saje... Sebab bahasa arab dipilih sebagai tajuk kali ni ialah, hanya bahasa arab yang boleh mengekspresikan makne yang ingin saya sampaikan. "Wahai manusia, selamatkan diri kamu dari api neraka!" ayat ni lah yang Nabi S.A.W seru kat semua penduduk Makkah. Rasulullah S.A.W panggil semua penduduk Makkah berkumpul di depan bukit. Waktu tu, semua orang dalam mod senyap... terfikir dan ingin menyahut seruan... dan tiba-tiba Abu Lahab melenyapkan semua cetusan yang ada dalam setiap fikiran ketika itu (kecuali السابقون الأولون )dengan cemuhan "Hey Muhammad, untuk ni ke kamu panggil kami?"

And thus, turunlah surah " ...تبّت يدا ابي لهب وتبّ ". It makes sense right, kenapa Allah turunkan special surah untuk Abu Lahab. Credit to Ustaz Hasan for making me understand this portion with my heart.

Moral of the story, dalam setiap diri kita ni ada bahagian yang suka membantutkan orang dari beramal. Na'uzubillahi minzalik. ~meditate, wouldn't that be nice.

Sunday, February 12, 2012

Jahiliyyah


Jahiliyyah masa kini

Hurm, adakah? Jahiliyyah dulu, kini dan selamanya tetap sama. Selagi ia adalah perkara yang membuatkan kita jauh dari Sang Maha Pencipta, itulah dia jahiliyyah. Tidak mahu sedar bahawa kita hanyalah ciptaan yang diciptakan untuk memenuhi suatu tujuan. Apakah yang lebih JAHIL selain dari itu?

Mujahah terhadap nafsunya

Senangnya nak taip tajuk ini. Sukarnya nak terjemahkan dalam amal. Tapi, di situlah ganjarannya. Lebih sukar, lebih payah, lebih cabaran, lebih pula ganjaran di sisi-Nya. Takkan lah syurga itu percuma? "... mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang akan membebaskan kamu daripada api neraka?1)Beriman kepada Allah & rasulnya 2)Berjihad di jalanNya dengan harta & jiwa kamu. Itu lebih baik jika kamu mengetahui QS [61:10-11]

Kemanisan iman

Katakanlah selamat tinggal kepada jahiliyyah. Selamat datang kemanisan iman ^_^


Saturday, February 4, 2012

Tarbiyah




Nikmat

Berada dalam sistem tarbiyah itu nikmat. Nikmat yang sangat berharga. Nikmat yang membuatkan hati tetap tenteram walau dunia di sekeliling tunggang langgang. Nikmat yang membuatkan jiwa terus bersemangat.

Kekal dalam nikmat

Bolehkah? Mestilah. Kenapa tidak? Hidup ini penuh dengan pilihan. Satu-satunya milik penuh manusia adalah pilihan. Kenapa tidak memilih untuk kekal berada dalam nikmat ini? Bagaimana memilih untuk kekal dalam nikmat ini? BEKERJA. Bekerjalah kamu untuk deen ini. Bekerjalah kamu untuk berkongsi nikmat ini dengan semua penduduk bumi. Bekerjalah kamu untuk menyebarkan kasih sayang ini.

Membina Generasi Rabbani

Mari kita bekerja. Sedikit perkongsian sebagai booster ^_~